Program

kem ibadah & kecemerlangan diri…

 

 Hulu Langat,27-3-2016: Tuan Haji Ahmad Yusof, Ahli Majlis MPKj zon 24 hadir merasmikan program Khemah Ibadah serta Kecemerlanan Diri anjuran Surau Seri Dahlia dan persatuan penduduk taman2 BSP pada 28 Mac 2015 di Kem Idaman Naruni, Hulu Langat. Peserta 60 orang terdiri dari remaja 14-17 tahun.Semoga ilmu yang diperolehi daripada kem ini bermanfaat untuk mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

Program

Mahkota5 Indah…

ceriaBukit Mahkota,26.3.2016-Ahli Majlis MPKj zon 24, Tuan Haji Ahmad Yusof telah hadir merasmikan Program Gotong Royong Perdana Mahkota5 Indah anjuran Persatuan Penduduk Seksyen 5 Bandar Bukit Mahkota yang dipengerusikan oleh Sdr Mamat Endut dengan kerjasama daripada agensi kerajaan seperti MPKj,SEKITA,Pejabat Adun Bangi,Bomba, PDRM, Klinik Kesihatan disamping pihak swasta iaitu McD.Tuan Haji Ahmad Yusof mengingatkan kebersihan di taman adalah tanggungjawab bersama dimana semua pihak ada peranan masing masing bagi memastikan kawasan persekitaran bersih dapat dikekalkan.Tahniah dan syabas kepada JK penduduk yang telah menjayakan program ini.Moga kerjasama erat terjalin diantara ahli majlis MPKJ zon 24 dengan penduduk diteruskan dimasa akan datang.